Jumaat, 4 Januari 2013

cara belajar excel

Trik Belajar Cepat Menguasai Excel
Cara cepat belajar excel pada excel 2007 menurut saya adalah suatu hal yang tidak begitu sulit, namun perlu kesabaran, ketelitian, dan ketekunan untuk bisa menguasai excel dengan cepat sampai mahir.

Bagaimana untuk para pemula agar cepat menguasai excel? Secara umum ada 3 cara untuk bisa belajar excel dengan mudah. Apa saja ketiga cara tersebut?
  1. Pahami logika
  2. Lihat contoh yang sudah ada
  3. Praktekkan

  • PAHAMI LOGIKA
  • Benar bahwa belajar excel harus mampu memahami logika sebab di excel di Ms. Excel kita dituntut mengolah cells misalnya untuk rumus perkalian Anda harus mengalikan cell X cell bukan data angka yang ada di cell tersebut dikalikan melainkan cell nya yang dikalikan begitu pula dengan operator matematika lain seperti pengurangan, penjumlahan, perkalian, perpangkatan dan lain-lain. Di excel juga anda akan menemukan rumus fungsi logika yang digunakan untuk menganalisa dan menghasilkan keputusan yang sesuai dengan penerapan rumus rumus excel tersebut. Misalnya rumus IF, rumus if atau IF Condition

  • LIHAT CONTOH RUMUS YANG SUDAH ADA

  • Apa seh yang dimaksud rumus itu? Rumus adalah rumus matematika yang digunakan untuk mengitung nilai dalam penulisan rumus excel harus dimulai dengan sama dengan (=) Dan untuk bisa cepat belajar excel adalah dengan melihat contoh-contoh yang sudah jadi, misalnya contoh penggunaan rumus rumus excel seperti:
    1. Rumus Vlookup
    2. Rumus Hlookup
    3. Rumus Sum, Min, Max, average
    4. Rumus Concatenate
    5. Rumus SumIF, CountIF
    6. Rumus Left, Right, Mid
    7. Rumus Not, Or, True, False, And
    8. Rumus Lower, Propper, Uper, len, dan masih banyak lagi formula-formula excel yang lain

IF Function Memudahkan Anda Melakukan Keputusan

Tagged Under : ,

Dalam pekerjaan kita seharian mesti akan melibatkan hal membuat keputusan. Data-data harus dianalisis dan diberikan petunjuk sewajarnya untuk dilaporkan kepada pihak yang berkenaan.
MS Excel telah menyediakan beberapa function logical yang boleh digunakan. Diantaranya adalah IF() function.
Syntax: IF(logical_test,value_if_true,value_if_false)
logical_test melibatkan sebarang penyataan logik BENAR atau SALAH. Sebagai contoh, jika cell A10 sama dengan 100 adalah BENAR. Ia juga boleh melibatkan sebarang pengiraan (+, – , /, %, *) atau perbandingan (>, <, =>, =<, <>).
value_if_true keputusan sekiranya logical_test adalah BENAR. Hasil boleh dipersembahkan secara single value/text, sebarang bentuk pengiraan atau function. Sebagai contoh, sekiranya keputusan BENAR untuk logical_test adalah “Over Budget”, maka keputusan akan menunjukkan “Over Budget”. Sebaliknya, keputusan akan menunjukkan keputusan value_if_false.
value_if_false keputusan sekiranya logical_test adalah SALAH. Hasil boleh dipersembahkan secara single value/text, sebarang bentuk pengiraan atau function.
Anda boleh melakukan 64 operasi IF() function secara serentak dalam satu formula dan kombinasi mana-mana function yang bersesuaian. =IF(logical_value,IF(logical_value,IF(logical_value,value_if_true,value_if_false),value_if_false),value_if_false)
Contoh:
Anda ingin memaparkan keputusan Grade mengikut Result yang diperolehi seperti dibawah.

  1. Taip di cell B24 formula berikut: =IF(A25=”D”,”Distinction”,IF(A25=”P”,”Pass”,IF(A25=”C”,”Credit”,”N/A”)))
  2. Copy & paste formula ke cell yang berikutnya.

Bagaimana jika melibatkan beberapa operasi atau keputusan? Gambar dibawah menunjukkan keputusan laporan jualan mengikut produk. Setiap produk mempunyai discount yang berbeza berdasarkan category. Tax 6% akan dikenakan kepada amount jualan melebihi 2000.

  1. Taip formula berikut di cell E9:
    =C9*D9*(1-IF(B9=”S”,$J$13,IF(B9=”P”,$J$14,0)))
    Explanation: =Price x Qty(1-IF(Category=”S”,15%,IF(Category=”P”,25%,0)))
  2. Taip formula berikut di cell F9:
    =IF(E9>2000,E9*6%,0)
  3. Copy & paste formula ke cell berikutnya.

May 21 2008

Autofill Menggunakan Mouse

Tagged Under : ,

Cara mudah untuk anda copy atau autofill kandungan cell kebawah adalah menggunakan mouse.
  1. Letakkan kedudukan cursor pada cell yang ingin di copy
  2. Gerakkan mouse ke hujung bucu kanan bawah cell sehingga mouse pointer bertukar ke +
  3. Apabila pointer bertukar ke +, double click mouse.

Penting: Ianya akan hanya berfungsi apabila column sebelumnya mempunyai data. Sebagai contoh gambar diatas, column A perlu ada data. Apabila mouse di double click, ianya akan autofill sehingga mana column sebelumnya, iaitu cell B31.
Sekiranya anda ingin autofill untuk tarikh, bulan atau tahun juga boleh dilakukan.